NOTIS PERLINDUNGAN PERIBADI
PROPHARM (M) SDN. BHD.
198301008866 (104117-H)
Tarikh kuat kuasa: 01 01 23
Semakan terakhir: 07 09 23
PENGENALAN
PROPHARM (M) SDN. BHD. (selanjutnya dirujuk sebagai "Kami") menghormati dan berkomitmen untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana kami memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi anda, yang mungkin termasuk nama, nombor pengenalan, nombor pasport, alamat e-mel, nombor telefon, alamat surat-menyurat, nama syarikat dan jawatan pekerjaan.
SUMBER PENGUMPULAN
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada borang Hubungi Kami di laman sesawang www.propharm.com.my
TUJUAN PENGUMPULAN
​Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
-
menyediakan perkhidmatan sokongan pelanggan seperti membantu menjawab pertanyaan, menyelesaikan masalah, dan memberikan panduan
-
mengesahkan keaslian pengirim
-
memproses permintaan anda untuk membeli produk kami
-
menghantar produk kami ke alamat dan lokasi yang anda kehendaki.
BAGAIMANA DIPROSES
Kami utamakan pemprosesan data peribadi anda di dalam Malaysia. Data peribadi anda tidak akan dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia kecuali jika ia diperlukan untuk memenuhi tujuan interaksi anda dengan laman web kami, termasuk menjawab pertanyaan pengguna, menyelesaikan masalah, atau untuk tujuan tertentu yang berkaitan dengan rakan kongsi antarabangsa kami.
PENZAHIRAN
Bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang telah kami lantik untuk membantu kami dalam tugas seperti syarikat kurier bagi menghantar sampel yang diminta atau produk yang dibeli oleh anda.
LANGKAH KESELAMATAN
Kami mengambil langkah-langkah ini untuk melindungi data peribadi anda:
-
dengan memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
-
dengan memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
TEMPOH PENYIMPANAN
Kami akan menyimpan data peribadi anda selama tujuh (7) tahun / selagi anda menjadi pelanggan kami.
HAK ANDA
Anda berhak untuk:
-
membetulkan / mengemaskini data peribadi anda yang kami simpan
-
menarik balik persetujuan memproses data peribadi anda
HUBUNGI KAMI
Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:
​
PROPHARM (M) SDN BHD
8, JALAN UDANG HARIMAU 2,
MEDAN NIAGA KEPONG,
51200 KUALA LUMPUR,
MALAYSIA.
+60 3 - 6243 6389
hello@propharm.com.my